Monday, May 20th

Last update05:59:27 AM

Pengenalan SPA

PENGENALAN SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK


Sektor Pengurusan Akademik (SPA) adalah sektor yang bertanggungjawab memastikan peningkatan berterusan dalam pencapaian akademik serta kemajuan pendidikan melalui pelaksanaan dasar dan program  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Skop tugas SPA di Jabatan Pelajaran Pahang merangkumi pelaksanaan kurikulum semua mata pelajaran dari tahap Pra- Sekolah hingga ke Tingkatan 6. Enam bidang menerajui pelaksanaan program dan aktiviti pendidikan KPM iaitu Bidang Bahasa, Bidang Sains, Bidang Matematik, Bidang Kajian Kemasyarakatan, Bidang Teknik Vokasional dan Bidang Teknologi Maklumat dan KomunikasiSetiap bidang melaksanakan
program dan aktiviti kurikulum mengikut mata pelajaran.


Sektor Pengurusan Akademik (SPA) dipertanggungjawabkan untuk memenuhi tujuh fungsi berikut:

1. Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) di sekolah
2. Membimbing dan memberikan panduan kepada guru-guru berkaitan urusan P & P
3. Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di peringkat negeri
4. Merancang dan melaksanakan projek-projek/program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah
5. Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan semua mp KBSR dan KBSM
6. Merancang pelaksanaan program latih tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat negeri
7. Menggerakkan program bersepadu Guru Cemerlang bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik negeri

Skop penumpuannya adalah pada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, penghasilan serta pengedaran bahan sokongan kurikulum/mata pelajaran malah tidak terkecuali dalam memberikan input berkenaan proses latihan peningkatan profesionalisma guru.