Thursday, May 23rd
Last update08:37:52 AM
Facebook Sektor Pengurusan Akademik:
Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Sektor Pengurusan Akademik Pahang telah dinaiktaraf daripada versi Joomla 1.5.21 kepada versi Joomla 2.5.1 yang terkini. Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan terutama pada paparan muka laman depan portal, struktur ruangan Muat Turun SPA, ciri-ciri mesra pengguna (You Tube, aplikasi sosial) serta Mediafire sebagai hos muat turun media.
Perubahan ini perlu memandangkan sambutan amat menggalakkan daripada para pengguna menyebabkan struktur kategori dan artikel terpaksa difikirkan dan diubahsuai semula bagi memudahkan pencarian dan menambah ciri mesra pengguna. Selain daripada itu perubahan kepada versi Joomla terkini adalah amat penting bagi memperkukuh ciri-ciri keselamatan portal yang telah berkali-kali cuba dibolosi oleh penggodam terutama dari luar negara. Perubahan ini juga terpaksa dilakukan bagi mengemaskini aplikasi pengurusan pengguna portal yang telah terjejas akibat serangan tersebut.
Sepanjang proses perubahan ini, mungkin ada fail-fail yang menjadi rujukan dan tumpuan muat turun telah dipadamkan atau hilang daripada sistem. Pihak kami telah memulakan pembinaan sistem daripada sifar, bermula pembinaan asas templat yang baru sehinggalah kepada pengisian module dan fail untuk dimuat turun. Sekiranya apa yang tuan puan cari tidak ditemui, kami memohon seribu kemaafan. Pengisian semula bahan-bahan akademik akan mengambil sedikit masa.
Asas yang ingin diketengahkan dalam Portal SPA versi kelima ini ialah penyebaran bahan-bahan dan berita pendidikan berkaitan akademik terutama melibatkan Negeri Pahang. Fokus kami ialah menyediakan perkara yang mungkin sukar untuk dimuatkan secara pukal melalui laman rasmi jabatan. Portal SPA akan menjadi sokongan tambahan kepada Portal Rasmi JPN Pahang dalam membantu mempertingkatkan akses kepada maklumat pendidikan khususnya soal akademik dalam bentuk yang lebih mudah dan terfokus.
Perkara yang menjadi pertimbangan penting kepada pihak kami ialah menyediakan portal web yang "ringan", senang dilayari dan mesra pengguna. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Portal Sektor Pengurusan Akademik Pahang Versi Disember 2008 - Mei 2012. Harap agar semua pihak dapat meneruskan sokongan untuk versi kelima ini.
Khairul Hazman bin Othman
Admin Portal Sektor Pengurusan Akademik Pahang
JPN Pahang
Shaiffulnizam bin Mohamad
Penasihat Teknikal & Keselamatan Portal SPA
SMK Padang Garuda
Comments
RSS feed for comments to this post