Monday, May 20th

Last update05:59:27 AM

Pengumuman Sektor Pengurusan Akademik Pahang

Powered by JoomlaGadgets

Modul SEHALUS untuk SJKC Tahun 6

    Bersama-sama ini dilampirkan Modul SEHALUS I dan Modul SEHALUS II (sambungan) iaitu Modul Bahasa Melayu Penulisan khusus untuk membantu murid-murid SJKC tahun 6 yang lemah dalam bahagian penulisan. Ini memandangkan sejak beberapa tahun ini, pencapaian murid di SJKC dalam bahagian penulisan semakin merosot. Oleh itu, guru-guru pemeriksa dan cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu dari SJKC dan SK telah dipanggil untuk menghasilkan modul ini. Pada 15 dan 16 Februari,  guru-guru berikut telah dipanggil ke BTPN untuk membina modul ini:
   1. Mat Ganti bin Mansor - SK Fakeh Abdul Samad -Kuantan
   2. Shamdzul bin Ahmad - SK LKTP Chini Timur 2
   3. Nor Azila binti Hamzah - SJKC Khee Chee, Temerloh
   4. Ahmad Baqir bin Ramli - SJK Khee Chee, Temerloh
   5. Hanizam bin Abdul Mutalif - SJKC Mentakab 1
   6. Rissham bin Ahmad -SJKC Mentakab 2
   7. Kamaruzaman bin Mohd Yusof - SJKC Kuang Hwa, Kuantan
   8. Norhayati binti Hassan - SJKC Kong Min, Beserah, Kuantan
   9. Azila Saleh @ Yahya - SJKC Pei Chai, Kuantan
  10.Sakinah binti Ahmad - SJKC Chung Ching, Kuantan
  11.Amran bin aziz - SJKC Taman Tas, Kuantan
  12. Tee Ping Ping - SJKC Triang 2, 28300 Triang
 
   Modul ini telah disebarkan melalui CD ke SJKC dan juga SJKT memandangkan peruntukan untuk percetakan modul ini tidak diperoleh dari Unit Latihan walaupun kelulusan bajet pada mulanya telah diluluskan oleh Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan. Ini memandangkan tiada bajet untuk percetakan bahan.Walau bagaimanapun, diharapkan dengan penyebaran modul ini, guru-guru dan murid-murid SJKC dapat menggunakan modul ini sebaik mungkin dan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bahagian
penulisan karangan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian UPSR murid SJKC, terutama dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu bagi tahun 2012.