Saturday, May 25th

Last update08:37:52 AM

Facebook Sektor Pengurusan Akademik:

Laporan PERHALUS Raub 2012

Berikut disampaikan Laporan PERHALUS Daerah Raub untuk rujukan dan panduan kepada pihak-pihak lain.

Modul SEHALUS untuk SJKC Tahun 6

    Bersama-sama ini dilampirkan Modul SEHALUS I dan Modul SEHALUS II (sambungan) iaitu Modul Bahasa Melayu Penulisan khusus untuk membantu murid-murid SJKC tahun 6 yang lemah dalam bahagian penulisan. Ini memandangkan sejak beberapa tahun ini, pencapaian murid di SJKC dalam bahagian penulisan semakin merosot. Oleh itu, guru-guru pemeriksa dan cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu dari SJKC dan SK telah dipanggil untuk menghasilkan modul ini. Pada 15 dan 16 Februari,  guru-guru berikut telah dipanggil ke BTPN untuk membina modul ini:
   1. Mat Ganti bin Mansor - SK Fakeh Abdul Samad -Kuantan
   2. Shamdzul bin Ahmad - SK LKTP Chini Timur 2
   3. Nor Azila binti Hamzah - SJKC Khee Chee, Temerloh
   4. Ahmad Baqir bin Ramli - SJK Khee Chee, Temerloh
   5. Hanizam bin Abdul Mutalif - SJKC Mentakab 1
   6. Rissham bin Ahmad -SJKC Mentakab 2
   7. Kamaruzaman bin Mohd Yusof - SJKC Kuang Hwa, Kuantan
   8. Norhayati binti Hassan - SJKC Kong Min, Beserah, Kuantan
   9. Azila Saleh @ Yahya - SJKC Pei Chai, Kuantan
  10.Sakinah binti Ahmad - SJKC Chung Ching, Kuantan
  11.Amran bin aziz - SJKC Taman Tas, Kuantan
  12. Tee Ping Ping - SJKC Triang 2, 28300 Triang
 
   Modul ini telah disebarkan melalui CD ke SJKC dan juga SJKT memandangkan peruntukan untuk percetakan modul ini tidak diperoleh dari Unit Latihan walaupun kelulusan bajet pada mulanya telah diluluskan oleh Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan. Ini memandangkan tiada bajet untuk percetakan bahan.Walau bagaimanapun, diharapkan dengan penyebaran modul ini, guru-guru dan murid-murid SJKC dapat menggunakan modul ini sebaik mungkin dan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bahagian
penulisan karangan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian UPSR murid SJKC, terutama dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu bagi tahun 2012.

Modul Perkasa BM bagi Murid Cemerlang

Bersama-sama ini disertakan sumbangan beberapa buah karangan untuk murid cemerlang SPM 2012. Karangan ini adalah sumbangan guru-guru yang
mendapat keputusan cemerlang SPM 2011. Modul karangan PERKASA ini telah dihasilkan oleh guru-guru berikut:
  1. Encik Fadly bin YAAkob -SMKA Tahap, Jerantut.
2. Cik Asiah binti Ramli -SMK Dato' Bahaman, Lanchang, Temerloh
3. Encik Zainuddin bin Yazid - SMK Seri Pelangai, Bentong
4. Cik Norhaliza binti Jais - SMK Seri Bentong
5. Puan Sabariah binti Hassan - SMK Jengka 24, Jerantut
6. Puan Miati binti Mohd Lela - SMK Shah, Cameron Highlands
7. Encik Zakaria bin Muhi - SMK Chung Ching, Raub
8. Datin Nor Madiah binti Abdul Rahman - SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
9. Puan Aminah binti Razali - SMK Seri Jengka, Maran

Program Kecemerlangan ini telah diadakan pada 09 hingga 10 April 2012 di Hotel Seri Malaysia.

Selain itu, guru-guru ini telah membuat rakaman yang menceritakan program-program yang dijalankan oleh sekolah masing-masing sehingga
membuahkan hasil kejayaan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2011.


Penyebaran Maklumat PERHALUS di PPD Kuantan

Penyebaran Maklumat Modul PERHALUS kepada Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia Bahasa Melayu di PPD Kuantan pada 12 April 2012. Sebanyak 35 buah sekolah terlibat dengan Program PERHALUS di daerah Kuantan. Seramai 1186 murid yang akan menduduki SPM di daerah Kuantan mengikuti program PERHALUS.