Sekolah Berkualiti
Written by Ketua Sektor   

 

PENDAHULUAN 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menunjukkan komitmen untuk melahirkan sekolah yang berkualiti bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk merealisasikan sekolah-sekolah yang berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.  Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab pengurus sekolah untuk memastikan sekolah yang mereka pimpin berada di atas landasan yang betul. Semua pengurus sekolah harus melihat dan merancang jalan untuk memastikan sekolah yang dipimpinnya bergerak ke arah sekolah yang berkualiti. Perancangan dan usaha sekolah harus dimaksimumkan berdasarkan kemampuan dan kuasa sekolah yang ada. Pengurus sekolah harus menggerakkan semua warga dan sumber yang ada ketahap optimum untuk membentuk sebuah sekolah yang berkualiti bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah.  

Last Updated ( Wednesday, 17 December 2008 )
Read more...
 
Dari Meja Ketua Sektor
Written by Jalani Ludin   

   

                                                                                                      Active Image

                                                                   Haji Jalani Bin Haji Ludin

  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berazam untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah menjulang nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk melahirkan sekolah-sekolah berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang dalam pendidikan.  Komitmen ini harus disambut baik di semua peringkat baik di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah serta guru-guru di bilik darjah. Dalam memperkasakan sekolah kebangsaan, kecemerlangan akademik adalah indikator pencapaian yang terpenting. Maka PKKP menjadi agenda yang semakin penting dalam era PIPP ini. 

Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Pahang merasakan PKKP menjadi lebih releven dengan PIPP. Oleh yang demikian, beberapa sendi teras kekuatan kurikulum perlu dimantapkan ke arah menghasilkan kecemerlangan akademik yang unggul. PKKP telah melihat kepentingan sendi teras kekuatan ini dalam lebih satu dekad yang lalu. Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang akan memastikan negeri Pahang akan terus cemerlang dalam peperiksaan awam.

 

Last Updated ( Wednesday, 17 December 2008 )
Read more...
 

Sektor Pengurusan Akademik JPNP, Powered by Joomla!; Joomla templates by SG web hosting