Thursday, Sep 09th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

Minda KS

Dari Meja Ketua Sektor

E-mail Print PDF

Kembali kepada yang asas

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan dalam Laman Web Sektor Pengurusan Akademik 2010 ini.  Saya berharap niat murni penubuhannya akan tercapai dan akan memberi manfaat kepada guru-guru di sekolah.

Mengimbas kembali perjuangan memperkasakan pendidikan di negeri Pahang sepanjang tahun 2009, senario lama masih berulang.  Tiga aspek kecemerlangan yang disasarkan iaitu dari segi Kecemerlangan, Menguasai Semua Mata Pelajaran dan GPS didapati jarang berlaku seiringan dalam keputusan peperiksaan. Maka sudah tentu kita perlu mengusahakan supaya ketiga-tiga aspek berkenaan meningkat bersama-sama kerana merupakan manifestasi kepada perancangan dan pelaksanaan program peningkatan yang baik.

Dalam usaha mengatur strategi demi kejayaan yang gemilang, kita tidak boleh melupakan sama sekali perkara-perkara asas dalam pendidikan. Perkara-perkara asas ini berkisar mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlaku dalam bilik darjah. P&P perlu dirancang dengan teliti, dilaksanakan dengan baik mengikut pendekatan dan kaedah pedagogi yang sesuai dan berpusatkan murid. Guru perlu sentiasa peka terhadap pembelajaran yang sedang berlaku dalam kalangan murid-murid.

Teknik menyoal dan penyebaran soalan yang meliputi populasi kelas, dapat memberi maklum balas yang berguna kepada guru mengenai pencapaian objektif pembelajaran. Latihan pengukuhan, pemulihan atau pengayaan hendaklah diberi mengikut keperluan murid. Latihan dan kerja murid juga perlu dirancang agar dapat membina mencabar serta memupuk kefahaman yang mendalam pada murid. Sudah tentu semua latihan dan kerja murid perlu disemak dengan teliti bertujuan memberi maklum balas kepada murid berhubung kemajuannya.

Perkara-perkara asas ini jika diberi perhatian yang serius, akan memberi kesan yang lebih ketara jika digandingkan dengan kelas-kelas bimbingan yang bertujuan sama ada untuk memperbaiki kelemahan atau meningkatkan pencapaian murid.

Dengan mengamalkan semangat kerja sepasukan, pihak pentadbiran sekolah perlu pula mencerap, membimbing dan menunjukkan jalan ke arah usaha yang terarah dan berlandaskan fakta dan data.

Akhirnya ingin saya menggarapkan kata orang tua-tua: “Biar lama mengasah kapak agar cepat pokok ditebang; jangan dihayun kapak yang tumpul, beribu kali,  pohon tak tumbang”. Ini menjelaskan kepada kita betapa perlunya melunaskan kerja-kerja yang asas terlebih dahulu sebelum melaksanakan program-program lain.

Sekian. Wassalam

HAJI JALANI BIN HAJI LUDIN

Last Updated on Tuesday, 05 January 2010 05:27

Perancangan SPA 2009

E-mail Print PDF
Last Updated on Wednesday, 29 April 2009 15:46

Semarak PKKP 2009

E-mail Print PDF

Program Semarak PKKP 2009

 Semua Pengetua dan Guru Besar, sila ambil perhatian terhadap Jadual Pemantauan PKKP 2009

 Perkara

Tarikh 

 Tindakan

 

Penyediaan  Folio A, Folio B dan Profail Sekolah

 

 4.01.2009 - 30 .01. 2009 Pengetua/ Guru Besar

 Pemantauan 1 (Berkelompok mengikut daerah)

Debreifing Perancangan 2009

 1.02. 2009 - 28.02.2009Pengetua/ Guru Besar

 Pemantauan 2

Audit Akademik di sekolah

 01. 06.2009 - 30.06.2009 Pengetua/ Guru Besar
Last Updated on Thursday, 26 February 2009 14:12

Sekolah Berkualiti

E-mail Print PDF

PENDAHULUAN 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menunjukkan komitmen untuk melahirkan sekolah yang berkualiti bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk merealisasikan sekolah-sekolah yang berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.  Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab pengurus sekolah untuk memastikan sekolah yang mereka pimpin berada di atas landasan yang betul. Semua pengurus sekolah harus melihat dan merancang jalan untuk memastikan sekolah yang dipimpinnya bergerak ke arah sekolah yang berkualiti. Perancangan dan usaha sekolah harus dimaksimumkan berdasarkan kemampuan dan kuasa sekolah yang ada. Pengurus sekolah harus menggerakkan semua warga dan sumber yang ada ketahap optimum untuk membentuk sebuah sekolah yang berkualiti bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah. 

Last Updated on Tuesday, 24 February 2009 07:55

SENARAI SEKOLAH PERKASA

E-mail Print PDF

 

Sekolah Perkasa Pahang

Berikut adalah senarai sekolah kebangsaan yang telah "diperkasa" merujuk kepada teras 3 PIPP
(sehingga bulan Oktober 2008)

Last Updated on Thursday, 26 February 2009 14:33