Thursday, Sep 09th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

Pengenalan SPA

E-mail Print PDF

Sektor Pengurusan Akademik (SPA) adalah sektor yang bertanggungjawab memastikan peningkatan berterusan
dalam pencapaian akademik serta kemajuan pendidikan melalui pelaksanaan dasar dan program  Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).


Skop tugas SPA di Jabatan Pelajaran Pahang merangkumi pelaksanaan kurikulum semua mata pelajaran
dari tahap Pra- Sekolah hingga ke Tingkatan 6. Enam bidang menerajui pelaksanaan program dan aktiviti
pendidikan KPM iaitu Bidang Bahasa, Bidang Sains, Bidang Matematik, Bidang Kajian Kemasyarakatan,
Bidang Teknik Vokasional dan Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Setiap bidang melaksanakan
program dan aktiviti kurikulum mengikut mata pelajaran.


Sektor Pengurusan Akademik (SPA) dipertanggungjawabkan untuk memenuhi tujuh fungsi berikut:

1. Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) di sekolah
2. Membimbing dan memberikan panduan kepada guru-guru berkaitan urusan P & P
3. Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum
di peringkat negeri
4. Merancang dan melaksanakan projek-projek/program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi
dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah
5. Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan semua mp KBSR dan KBSM
6. Merancang pelaksanaan program latih tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat negeri
7. Menggerakkan program bersepadu Guru Cemerlang bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik
negeri

Skop penumpuannya adalah pada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
penghasilan serta pengedaran bahan sokongan kurikulum/mata pelajaran malah tidak terkecuali
dalam memberikan input berkenaan proses latihan peningkatan profesionalisma guru.