Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Pahang serta Kelantan dan Rakan Inovatif menganjurkan Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur pada 30 hingga 31 Julai 2010 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu.
Sekolah-sekolah di seluruh Pahang digalakkan menghantar pelajar untuk menyertai terutamanya acara Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu 31 Julai 2010 (pendaftaran pada hari Jumaat 30 Julai 2010, 8.00 am-8.00pm).
| MASA | PROGRAM | LOKASI / KUMPULAN SASAR / DESKRIPSI RINGKAS AKTIVITI |
|
7.00 pagi - 9.30 pagi
10.00 pagi - 11.00 pagi
|
Program Cabaran Angkasawan
|
Perkarangan TTC Fasa I - dijalankan di setiap
|
Dapatkan jadual program serta maklumat lanjut di web.
Antara yang menariknya adalah enam Bengkel Inovatif bermula pada petang Jumaat dengan tajuk:
Bengkel Inovatif 1:“Bengkel Inovasi dan Harta Intelek”
Oleh: Encik Mohd. Zaidi Azizob, MOSTI
Bengkel Inovatif 2:“Bengkel Mega kearah Rakan Inovasi”
Oleh: Zull Design - Utusan Malaysia
Bengkel Inovatif 3:“Memperkasa Wanita Melalui Keusahawanan”
Oleh: Puan Asfalaila Abu Bakar, MDeC
Bengkel Inovatif 4:“Bengkel SeDiA ‘Selamatkan Diri Anda’
Oleh: Jabatan Pembangunan Wanita
Bengkel Inovatif 5:“Mencanting batik - logo Malaysia Inovatif 2010 dan Pertandingan Mencanting"
Oleh: Noor Arfa Craft Centre
Bengkel Inovatif 6:“Mencanting batik – gambar hidupan laut dan Pertandingan Mencanting”
Oleh: Noor Arfa Craft Centre
Ceramah Interaktif 1:“Generasi Kreatif” Oleh : Prof. Madya Dr. Amran Rasli,UTM Skudai
Ceramah Interaktif 2:“Berinovasi dan Kitar Semula” Oleh : Encik Shanmugaraj- Nature Education, Malaysian Nature Society
Ceramah Interaktif 3: “Memupuk Kanak-Kanak Menjadi Kreatif” Oleh: Prof. Madya Dr. Amran Rasli, UTM Skudai
Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat negeri
Terengganu, Pahang dan Kelantan ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat dengan matlamat melahirkan satu Innovative Nation. Kumpulan sasaran meliputi semua lapisan masyarakat iaitu golongan OKU, wanita, belia, pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan Kerajaan dan swasta.
Selaras dengan tema “Meraikan Kreativiti”, pelbagai program inovasi telah disusun untuk semua lapisan masyarakat seperti pertandingan inovasi peringkat zon
Timur, pameran produk inovasi, ceramah interaktif, bengkel inovatif dan Malam Kreativiti Muzikal. Sebanyak 3 siri ceramah interaktif dan 6 bengkel inovatif diadakan bagi tujuan membuka minda kreativiti peserta dan melahirkan satu masyarakat yang berbudaya kreatif dan inovatif tanpa mengira umur dan gender.
















