Thursday, Sep 09th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

Task Force Akademik 2010

E-mail Print PDF

PEMANTAUAN TASK FORCE AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri Bil. 2 pada 7 – 10 Disember 2009 telah bersetuju menubuhkan sebuahTask Force bagi menangani isu dan masalah yang mengekang kecemerlangan sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di negeri Pahang Darul Makmur.
Di samping untuk membimbing sekolah-sekolah yang dikenal pasti berpotensi tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), matlamat penubuhan Task Force ini adalah untuk memastikan pengurusan kurikulum dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlaku dengan berkesan, seterusnya melonjakkan pencapaian murid dalam peperiksaan awam.

Antara objektif  penubuhan Task Force ini adalah:

1.0 Mengenal pasti dan mengambil tindakan pembetulan ke atas masalah-masalah yang dikenal pasti sebagai penghalang fungsi  sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

2.0  Memperkukuh dan mengembangkan potensi sekolah supaya tersenarai sebagai SBT.

3.0  Mengumpul data dan maklumat untuk tindakan susulan.

Pemantauan akan dilakukan oleh pasukan-pasukan yang diketuai oleh Pengarah Pelajaran Pahang dan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang ke sekolah-sekolah di semua daerah mengikut ketetapan berikut:

Tarikh bermula   :  1 Mac 2010

Lokasi               :  Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah

Bidang Pemantauan
1.    Kepimpinan Sekolah
2.    Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum Sekolah
3.    Iklim Sekolah

Sehubungan itu, semua sekolah diminta mengambil perhatian yang serius dan melakukan pemantauan dalaman yang menyeluruh serta membuat persiapan yang rapi untuk memberi taklimat yang tepat, padat dan menyeluruh mengenai bidang-bidang pemantauan yang dinyatakan di atas sebelum kedatangan Task Force.

Add comment

Semoga pengunjung dapat memberikan komen yang bernas dan sesuai dengan sifat laman web ini yang berunsur pendidikan dan dunia ilmiah.


Security code
Refresh