Thursday, Sep 09th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

E-mail Print PDF
Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.


Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

 

 

Comments  

 
+5 #1 cikgu gigih 2010-05-20 12:16
Saya amat berharap matlamat satu kelas hanya seramai 17 orang akan menjadi kenyataan..AMIN
Quote
 
 
+4 #2 Awang Lah 2010-06-09 07:18
Cadangkan kerajaan merealisasikan semua sekolah satu sesi sahaja bagi mengurangkan masalah disiplin
Quote
 
 
+4 #3 CikguLiz 2010-06-11 06:14
Diharap dapat dipercepatkan pengwujudan sekolah 1 sesi..banyak kebaikannya pada semua pihak.

NIsbah 1: 17 sangat membantu mengurangkan masalah disiplin dan kawalan kelas
Quote
 
 
+1 #4 guru luar bandar 2010-07-09 08:05
adakah prestasi 3 dalam penilaianpresta si nkra 2009 boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat guru?diharap mendapat penjelasan.
Quote
 
 
0 #5 Ismi Johor Bahru 2010-07-14 00:38
Keberhasilan NKRA bidang PENDIDIKAN adalah satu usaha murni yang harus digembling bersama masyarakat dan warga pendidik....Capaikanlah sasaran terutamanya pelajar-pelajar kita....Bakal pemimpin negara...AMIN....
Quote
 
 
0 #6 Abang Ajis,Kemaman 2010-07-28 16:03
Semoga terlaksana nisbah guru:murid sebagaimana yang dihasratkan. Memang banyak kelebihan yang bakal terhasil. Insyaallah.
Quote
 
 
0 #7 Cikgu kampong 2010-08-24 07:27
Cikgu luar bandar : prestasi 3 tak jejas peluang cikgu naik pangkat kot, tapi kenalah usaha kuat sikit agar semua pelajar boleh membaca dan menulis serta mengira
Quote
 

Add comment

Semoga pengunjung dapat memberikan komen yang bernas dan sesuai dengan sifat laman web ini yang berunsur pendidikan dan dunia ilmiah.


Security code
Refresh