Thursday, Sep 09th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

Minda Timbalan Ketua Sektor

E-mail Print PDF

Kata-kata Aluan Timbalan Ketua Sektor / Ketua Penolong Pengarah Sains

Menjunjung Tinggi Integriti Guru

Assalamualaikum w.b.t.

Saya amat berbesar hati diberikan kesempatan memberikan kata-kata aluan dalam Laman Web Sektor Pengurusan Akademik 2010.

Dalam melaksanakan tugas dan fungi-fungsinya, Sektor Pengurusan Akademik sering kali berhadapan dengan  isu-isu berkaitan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), pemberian dan pemeriksaan kerja murid serta ketidakakuran terhadap Surat-surat Pekeliling Ikhtisas. Oleh yang demikian, penerbitan Direktori SPA 2010 ini sebahagiannya disasarkan untuk membantu guru mengatasi hal-hal yang disebutkan di atas.

Fungsi SPA yang pertama, kedua dan kelima iaitu:

¨       Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) di sekolah-sekolah;

¨       Membimbing dan memberikan panduan kepada guru-guru berkaitan urusan P & P; dan

¨       Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan semua mata pelajaran KBSR dan KBSM amat berkait rapat dengan apa yang berlaku di bilik-bilik darjah.

Dengan kekangan masa dan bilangan yang terhad sekolah yang dapat dipantau, maka pengabaian kepada perkara-perkara ini menimbulkan kegusaran terutamanya apabila kita akan berhadapan dengan pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2011 kelak.

Hal yang sedemikian wujud kerana sekiranya guru tidak mempunyai integriti yang tinggi maka kuantiti dan kualiti P&P akan terjejas. Begitu juga dengan proses penilaian dan pentaksiran, semuanya tidak memberi petunjuk yang sebenar jika integriti guru adalah rendah.  Persoalan mengenai integriti menjadi begitu kritikal apabila kita berhadapan dengan situasi pelaksanaan dan penilaian secara kendiri dengan pengawasan yang minimum oleh pihak kedua atau ketiga. Jelas bahawa kejujuran dan integriti yang tinggi (conscience) dalam kalangan guru merupakan elemen yang penting dalam merealisasikan pelaksanaan kurikulum pada tahap cemerlang.

Oleh yang demikian, marilah kita bersungguh-sungguh melaksanakan tanggung jawab dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggung jawab. Mudah-mudahan Direktori SPA 2010 ini dapat memudahkan sebahagian daripada kerja-kerja guru agar tenaga dapat disalurkan  pula terhadap kecemerlangan.

Sekian,  terima kasih.

ASIAH BT HAMZAH