Thursday, Sep 09th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

Piagam Pelanggan

E-mail Print PDF

Kami Warga Kementerian Pelajaran Bersedia Dan Akan Menimbangkan Apa Jua Yang Dikemukakan Kepada Kementerian Berkaitan Dengan Pelaksanaan Piagam Pelanggan Ini,


Berusaha menggembeleng seluruh tenaga masyarakat pendidikan di negeri ini untuk mewujudkan suatu perkhidmatan pendidikan yang adil, cekap, cemerlang, dan ikram dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta Wawasan Pendidikan sebagai jambatan menuju kejayaan pengisian Wawasan 2020, dengan memberi penekanan terhadap pembinaan suatu masyarakat Malaysia tulen yang bakal menangani sebuah negara maju untuk bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab keinsanan.

PEMANTAPAN ASPIRASI INI DICAPAI MELALUI :

  • Mewujudkan perkhidmatan bermutu yang cekap dan sesuai dengan kehendak dan keperluan serta jangkaan pelanggan;
  • Memastikan suasana perkhidmatan ikrar terjelma dalam semua aspek di semua peringkat pegawai dan kakitangan dengan memberikan peluang untuk mereka memperkembang bakat berkarya secara kreatif dan inovatif sesuai dengan profesionalisme masing-masing;
  • Mewujudkan sistem pengawalan pelaksanaan kurikulum yang berkesan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Negara melalui program dan aktiviti yang diatur, difahami, dihayati, dan diusahakan bersama;
  • Mewujudkan piawai sistem pengawalan pelaksanaan dan pengurusan perkhidmatan dan pentadbiran yang berdisiplin, cekap dan amanah serta menepati setiap jangkaan pelanggan mengikut perkembangan teknologi dan sistem pengurusan maklumat yang terkini;
  • Menjalin hubungan yang erat, berkesan dan aktif melalui suatu bentuk jalinan hubungan secara kolaboratif dan partisipatif untuk mencapai hasrat dan wawasan murni organisasi.