
Transformasi PAV: Pendidikan Asas Vokasional
Taklimat projek Rintis PAV oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional, Tn Haji Ruslan bin Musa di SMK Bukit Goh pada 11 Oktober 2011.
Sila klik untuk lihat paparan carta kurikulum dan pelaksanaan PAV serta membaca berita seterusnya...
Mata pelajaran vokasional tidak diarusperdanakan di Malaysia. Persepsi menyebabkan bilangan pelajar yang masuk ke aliran vokasional sangat sedikit. Sekolah Vokasional dan teknik ada 88 buah tetapi hanya 5% sahaja yang masuk.
Ini menyebabkan keperluan industri tidak dapat dipenuhi sedangkan kita menuju negara maju dan peluang-peluang ini seharusnya dipenuhi oleh anak bangsa kita.
Syarat untuk menjadi negara maju, penduduknya hendaklah mempunyai kemahiran tinggi maka bilangan pelajar mengikuti latihan teknik dan vokasional mestilah dipertingkatkan. Hasrat BPTV ialah penambahan bilangan pelajar mengikuti aliran ini d Malaysia pada 2020 ialah peningkatan sebanyak 40%.
Di negara China dan Singapura, pengajaran PAV telah diajar pada peringkat menengah rendah lagi. Ia merupakan model kepada negara kita.Di Austria, 78% pelajar mengikuti aliran teknik dan vokasional.
Diharapkan ada komponen-komponen di dalam mata pelajaran ini membolehkan pelajar memasuki pasaran pekerjaan dengan mudah.
Fokus ialah kepada pelajar-pelajar yang tidak menguasai dan tercicir.Rujuk Purata Pencapaian PM (2006-2010). BPTV diminta mengambil peranan agar apabila pelajar tersebut keluar daripada sistem persekolahan, mereka bersedia untuk alam pekerjaan.
Jika mengikut sistem terbaru, pelajar akan mendapat diploma pada usia 19 tahun berbeza sebelumya 20 tahun melalui kewujudan Kolej-kolej vokasional. Kemasukan ke universiti melalui STPM, Kolej Matrikulasi dan Diploma (kolej-kolej vokasional). Pelajar juga berpeluang memasuki ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam) dan memperolehi sijil untuk pekerjaan. Ada juga laluan yang mmebolehkan pelajar memperolehi diploma seawal usia 17 tahun tetapi dengan syarat-syarat tertentu melepasi tahap-tahap SKM yang ditetapkan.
Pelajar-pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini tidak akan ditawarkan untuk menduduki peperiksaan PMR tetapi akan diberikan sijil-sijil kemahiran berdasarkan tahap-tahap SKM serta sijil yang akan dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Dari segi kandungan kurikulumnya direndahkan berbanding kurikulum asal tetapi mereka akan didedahkan dengan lebih banyak kemahiran (5 kali ganda masa belajar biasa).
Guru-guru daripada SMK Bukit Goh akan dipanggil untuk mengikuti kursus pelaksanaan kurikulum PAV ini.
Terdapat tiga penilaian untuk mendapatkan SKM berdasarkan kerangka kerja, modul latihan dan hasil kerja menerusi pengawai penilai, pegawai penilai dalaman dan pegawai penilai luar.
Pihak sekolah perlu berbincang dengan pihak ibu bapa dan mmndapatkan persetujuan sebelum anak mereka menyertai PAV.







