Tuesday, May 21st

Last update:06:56:01 AM GMT

| Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pahang, Bandar Indera Mahkota 25604 Kuantan, Pahang | Tel: 5715771 | Faks: 5735857 |

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

E-mail Print PDF
Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.


Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

 

 

Comments  

 
+20 # cikgu gigih 2010-05-20 12:16
Saya amat berharap matlamat satu kelas hanya seramai 17 orang akan menjadi kenyataan..AMIN
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+13 # Awang Lah 2010-06-09 07:18
Cadangkan kerajaan merealisasikan semua sekolah satu sesi sahaja bagi mengurangkan masalah disiplin
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+12 # CikguLiz 2010-06-11 06:14
Diharap dapat dipercepatkan pengwujudan sekolah 1 sesi..banyak kebaikannya pada semua pihak.

NIsbah 1: 17 sangat membantu mengurangkan masalah disiplin dan kawalan kelas
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+6 # guru luar bandar 2010-07-09 08:05
adakah prestasi 3 dalam penilaianpresta si nkra 2009 boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat guru?diharap mendapat penjelasan.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+2 # Ismi Johor Bahru 2010-07-14 00:38
Keberhasilan NKRA bidang PENDIDIKAN adalah satu usaha murni yang harus digembling bersama masyarakat dan warga pendidik....Capaikanlah sasaran terutamanya pelajar-pelajar kita....Bakal pemimpin negara...AMIN....
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+4 # Abang Ajis,Kemaman 2010-07-28 16:03
Semoga terlaksana nisbah guru:murid sebagaimana yang dihasratkan. Memang banyak kelebihan yang bakal terhasil. Insyaallah.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+2 # Cikgu kampong 2010-08-24 07:27
Cikgu luar bandar : prestasi 3 tak jejas peluang cikgu naik pangkat kot, tapi kenalah usaha kuat sikit agar semua pelajar boleh membaca dan menulis serta mengira
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # Norinah Awang 2010-10-03 15:08
Kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada para Guru dan ibu bapa perlu berganding bahu untuk membantu kerajaan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani,jasmani, emosi dan so[sensor] kerana mereka adalah aset utama untuk negara membangun .Dalam NKRA sudah jelas memperlihatkan usaha kerajaan yang begitu prihatin kepada peningkatan hidup khusus rakyat Malysia.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # azamhusin 2010-10-07 05:08
Hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendidikan vokasional amatlah diharapkan. Perbanyakkan sekolah vokasional di setiap negeri, sekurang-kurangnya satu daerah satu sekolah. Dengan bertambahnya bilangan sekolah seumpama ini, peluang kepada pelajar yang tercicir atau tidak boleh belajar akan lebih terjamin di mana mereka akan diberi peluang untuk belajar berdikari. Disamping itu masalah yang sering berlaku di sekolah harian biasa dapat di kurangkan iaitu masalah pelajar yang tidak berminat untuk belajar dalam subjek yang hanya berteraskan akademik semata-mata. Semoga cadangan kerajaan itu akan menjadi kenyataan
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # Rokiah Binti Sindran 2010-12-07 14:52
Kenaikan pangkat bagi penolong-penolong kanan hendaklah diambil kira mengikut pengelaman dan lamanya seseorang itu menjadi penolong kanan. Kenaikan pangkat secara time base dengan kenaikan pangkat secara hakiki seperti tidak adil kerana dari segi kenaikan gaji ianya sama cuma yang hakiki di berikan tugas dan tanggungjawab yang lebih berat. Perbezaannya cuma tanggungkerja yang dibayar RM60 sebulan. Semoga dapat difikirkan bersama.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # latifah mohd yusof 2010-12-09 08:22
murid-murid berkebolehan iaitu boleh menguasai 2M sewajarnya ditingkatkan kebolehan mereka dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berfokus dan menarik minat. mereka mesti didedahkan dengan konsep hidup perlu berilmu baik ilmu dunia maupun ilmu akhirat,
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Jamaai 2010-12-10 08:25
KPI yang ditetapkan akan dapat memastikan kecemerlangan pendidikan di Malaysia jika diberi penekanan dan pelaksanaannya mendapat sokongan semua pihak.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # Riani 2011-01-04 10:34
prasekolah dimasukkan dlm nkra.tjawab guru prasekolah semakin berat dan bertambah..hrp kjaan dpt mempertimbangka n elaun utk guru2 prasekolah.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # Ab.Rashid Ab.Rahman 2011-01-05 13:26
Salah satu faktor yang memberi kesan besar kepada peningkatan pencapaian akademik di sekolah ialah penyeliaan, pemantauan dan pencerapan pembelajaran dan pengajaran yang berterusan oleh pengetua/guru besar, penolong kanan, ketua panitia mata pelajaran dan rakan sejawat.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # hasmentakab 2011-02-09 15:37
Cikgu yang budiman,
Kita mesti memperkasakan minda kita dan anak-anak didik kita agar aura kecemerlangan dalam menuntut ilmu terus berkembang seiring dengan perkembangan semasa... Hindari daripada hanya bijak berkata-kata tetapi kotakan kata-kata dengan tangan dan jemari yang ikhlas untuk bertindak,.. juga berfikir sebelum berkata-kata dan bertindak.TQ
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # khalit 2011-02-10 00:34
i) prestasi guru berdasarkan `hasil` tidak adil bagi guru yang menerima murid `baka` sedia kurang baik. Berbeza dengan guru yang sedia menerima murid `baka` baik, cerdas.
- penilaian sebaiknya dikira daripada usaha yang telah dilaksanakan / ditunjukkan dan direkod untuk mencapai yang terbaik.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
-1 # Guru Ped2 Sarawak 2011-03-19 07:23
Saya sangat bersetuju dengan cadangan Cikgu Rokiah,berilah peluang kenaikan pangkat kepada Pen.Kanan Hakiki dan KPM patut menaikkan elaun tanggungan sebanyak RM60 sahaja supaya berbaloi dengan tugasnya sebagai Pen.Kanan.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # MASTIRA HJ MUT 2011-06-10 06:49
saya ucapkan tahniah kepada PM kita di atas keberkesanan NKRA dalam masa yang sangat singkat..saya berharap NKRA tidak akan dimansuhkan sampai bila2 pun...
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # CHONG PEI SAN 2011-07-09 01:10
Masalah kekurangan guru pemulihan khas untuk LINUS masih belum ditangani. Ini kerana guru pemulihan biasa tidak memberi tumpuan sepenuh kepada murid tegar.Semoga masalah yang serius ini dapat diatasi dengan segera.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # CHONG PEI SAN 2011-07-09 01:16
Kebanyakkan kanak-kanak yang berumur 5-6 di kawasan pedalaman tidak mengikut pra-sekolah. Masalah ini menyebabkan persediaan kanak-kanak ini ke tahun 1 ketinggalan jauh berbanding dengan kanak-kanak yang sudah ikut pra-sekolah. Kumpulan kanak-kanak ini kebanyakkan akan berada dalam kumpulan linus tegar.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # cikgu nawar 2011-08-03 00:38
Saya nak buat aduan ttg portal saps. Kenapa ada guru kelas yang tidak dapat tmbh nama murid. Bila mau tambah, sistem bgtau murid sdh didaftar di sekolah di johor padahal murid2 tersebut tidak pernah berpindah sekolh. Dan sistem tunjuk no ic murid itu didaftar atas ic guru tersebut. Kepada sesiapa yg berkenaan boleh tolong harap dpt selesai secepat mungkin memandangkan tarikh tutup sudah dekat.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # admin 2011-08-03 01:45
Merujuk kepada masalah En. Nawar di Portal Rasmi SPA berkenaan SAPS:
1. Rujuk kepada pegawai meja PPD berkaitan SAPS atau..
2. Daftar pelajar secara manual. Tidak perlu daftar secara import data SMM atau..
3. Ambil maklumat error yg telah dipaparkan, hubungi sekolah berkenaan dan maklumkan error tersebut spy sekolah di Johor dapat membuat pembetulan atau menghapuskan terus data tersebut.
Jika ada sebarang masalah sila dapatkan bantuan daripada pegawai meja di PPD masing-masing. Mereka telah dimaklumkan dengan jelas cara tindakan dan pembetulan yang perlu dilakukan sekiranya ada masalah timbul. Harap maklum.
Reply | Reply with quote | Quote
 

Add comment

Semoga pengunjung dapat memberikan komen yang bernas dan sesuai dengan sifat laman web ini yang berunsur pendidikan dan dunia ilmiah.


Security code
Refresh

PAUTAN
PAUTAN PORTAL
PAUTAN APLIKASI DAN BAHAN BERGUNA